Monday, March 8, 2010

KENAPE BATAL?????BHG.4

JAWAPAN KEPADA 3 ALASAN TIDAK MASUK AKAL :
Alasan 1 : Tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menganjur kesumu ketegori dalam pertandingn tersebut.
Secara logik, kita mengurangkan perbelanjaan yang besor untuk berjimat. Dalam pertandingan ini, setiap kontijen menghantar 30 orang atlit, 24orang atlit kategori seni dan 6 orang atlit kategori SO. Adakah dengan mengurangkan 6 orang atlit dikira menjimatkan kos?Mengapa tidak dikurangkan 24orang pelajar sekolah/ allit ini anak pungut kepada KPM?

Alasan 2 : penglibatan pelajar dalam SO membentuk mereka menjadi ganas dan tidak berdisplin.
Untuk mendapatkan jawapan bagi alasan ini, satu kajian lapangan perlu dibuat. Respondan kajian tersebut boleh di pilih di kalangan peragut, samsing jalanan (dalunya dikenali sebagai mat repit), perogol bersiri, orang suruhan ah long dan penyamun. Buatlah keputusan terbaik sekiranya peratus penyertaan SO adalah tertinggi di kalangan para respondan ini. Mungkin "pelajar kungfu" di Terengganu tempoh hari adala perserta SO. Siapa tahu?

Alasan 3 : Insiden kemalangan dalam pertandingan ketegori SO.
Dalam permainan hoki, kecederaan akan berlaku apabila terjadipertembungan fizikal.Dalam permainan bola sepak, kecederaan akan berlaku apabila terjadi pertembungaan fizikal. Dalam permainan bola baling, kecederaan akan berlaku apabila terjadi pertembungan fizikal. Dalam permainanragbi, kecederaan akan berlaku apabila terjadi pertembungan fizikal.Dalam permainan badminton juga akan berlaku kecederaan apabila terjadi pertembungan fizikal. Kesimpulannya, semua jenis sukan berpotensi untuk mendatangkan kecederaan. Untuk bersikap adil, pembatalan perlu dibuat ke atas semua jenis sukan ini daripada dipertandingkan. SETUJU???

Tindakan penganjur telah menjatuhkan maruah Teknikal Silat Seklah Kebangsaan, Negeri dan Daerah.

Penganjur kategori SO dalam Pertandingan Silat Sekolah bermula pada thun 2004 di Labuan. Selama 5 tahun, pelbagaiusaha telah di buat sebagai langkah penambahbaikkan ketegori ini. Banyak insiden, rungutan dan cacian digalang dengan penuh kerjasama dan tanggungjawab oleh jawatankuasa teknikal. Saya amat famah situasi ini kerana saya juga wasit juri PESAKA yg telah bertugas dalam pelbagai perigkat keohanan.
keputusan pembatalan ketegri SO amat menjatuhkan maruah kelompok teknikal ini kerana dilihat seolah-olah tidak mampu menjalankan acara sukan yang menyumbangkan pigat terbanyak kepada negara di peringkat antarabangsa ini. Baru berusia 5 tahun, sudah berputus asa. Sukan tempur lain (tarkwond, wushu, karate dll) berlumba-lumba memajukan sukan masing-masing.
Kita???? Di mana sifat kesatriaan Melayu yang dilaung-laungkan????SudAH diseluk pekasam didalam tempayan????Sampaikah ke lengan, atau baru mencecahkelengkeng??? Yalah, kita ini Melayu.......
Wlau bagaimanapun, perlu di ingat, kegiatan kokurikulu bertujuan untuk MENDIDIK DAN MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR/ ATLIT. Tuan-tuan telah berjanji untuk memikul tanggungjawab ini. TUNAIKANLAH!!!!

-WASIT PENCEN-

No comments:

Post a Comment